BreastFeeding : Tips Mengekalkan Kuantiti Susu Semasa Sesi Pam Dan Semasa Menyusu Direct Ketika Datang Bulan / Haid


Alhamdulillah anak saya bulan ni genap setahun sebulan and yes ! saya masih menyusu. Mungkin ada yang berpendapat dah setahun tak perlu lagi sebab dah besar tapi pendapat saya, Insyaallah saya akan cuba untuk mencapai target saya iaitu sehingga 2 tahun, Insyaallah. Selagi ada rezki :)

I'm a working mom, so bukanlah sepanjang masa dapat direct feeding, ketika di ofis saya akan pam, dan ketika di rumah saya akan direct feeding. Jadi sepanjang pengalaman sepanjang setahun saya ketika datang bulan/ haid kuantiti susu ketika sesi pam berkurangan. Tetapi saya ada try untuk test and error aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan dan mengekalkan kuantiti susu yang boleh saya kongsikan.

1. Elakkan minum ais. 

Saya dapati minum air ais sangat lah mengurangkan kuantiti susu secara mendadak.


2. Minum air suam/ panas

Sebolehnya minum lebih dari biasa bagi mengganti cecair yang hilang dalam badan. Dan     minum air panas / suam sangat lah membantu untuk mengekalkan kuantiti susu


3. Makanan Berkhasiat

Bukan saja semasa datang bulan, tetapi sepanjang masa ibu-ibu mestilah mengambil            makanan yang lebih berkhasiat contohnya dari sumber utama- nasi, buah-buahan,                sayur- sayuran dan bukanlah makanan yang di proses contohnya makanan  segera-               burger,maggi, keropok berperisa. 

4. Suppliment

Tak dinafikan banyak suppliment yang saya cuba, tetapi yang amat membantu   mengekalkan kuantiti susu ialah Habbatus Sauda. Boleh di ambil dalam bentuk Pil &   Minyak. Bukan saja mengekalkan kuantiti tetapi memperbanyakkan lagi kuantiti susu.

Insyaallah, yang penting banyakkan Doa. Happy Breastfeeding ! 



Saya selalu pam dalam kereta . Pergi & Balik kerja dan waktu lunch


Comments

Popular posts from this blog

Vision Park, Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang

Review Lacte Solo Breastpump

Cara Mudah Renew Insuran Kereta di MYEG.COM